Thursday, June 11, 2009
Lapor diri di Politeknik Kuching Sarawak
Pada 2.2.2009 aku melapor diri di Politeknik Kuching Sarawak sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) DH41. Mula-mula sampai aku pergi ke Pejabat Pentadbiran berjumpa dengan staf di sana. Setelah mengisi borang, aku diberi tahu, aku di tempatkan di JMSK. aku agak terkejut kerana aku tidak pandai sangat dengan matemtik. Ini kerana aku berpendapat aku perlu di letakkan di JKA memandangkan kepakaran aku adalah Ukur Tanah. Nak tak nak aku menerima juga. Aku sampai pada pukul 4.00 petang. Sementara menunggu staf menjemput aku untuk diperkenalkan oleh staf di JMSK, aku meninjau suasanak di PoliKU. sangat cantik dikelilingi gunung ganang. Tidak beberapa kemudian datanglah staf di JMSK menjemput aku. Aku secara tidak sengaja memanggilnya EN. Di memperkenalkan diri. Aku mati-mati ingat di KJMSK, rupanya adalah staf JMSK dengan DH41. Lucu juga. Sampai sahaja di JMSK aku diperkenalkan diri dan bertemu dengan staf di JMSK. Di JMSK, aku mengajar subjek matematik kejuruteraan B2001. Hebat gak kan sbb aku takder basic matematik tapi ada basic matematik tambahan. Itu pun hanyalah SPM. Sekarang aku sudah mengajar di JMSK di politeknik kuching ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment