Tuesday, December 1, 2009
Friday, June 19, 2009
Hari melucukan
Aku telah bertukar jabatan ke Kej Awam. Melucukan kerana ada orang telah bertanya.. Kamu poli mana? Dah berapa lama kerja? Aku dgn selamba berkata, dah 6 bulan kerja politeknik Kuching..Hehehe semua terkejut..Hahahah.
Lepas tu aku pi solat.. jauh gak jalan kaki ke surau. Lepas tu ada staf JMSK tegur.. jauhnya jalan kaki ke surau, kan ada surau di tingkat tiga di JKA.. Aku dgn selambanya menjawab, jauh perjalanan dapat pahala..Hahaha padahal aku tak tahu pun di JKA tingkat 3 ada surau juga..

Thursday, June 18, 2009
Ucapan PALING GEMBIRA
Hadiah Ulang tahun Hari Jadi 18/6/2009 dihadiahkan dengan ucapan oleh seseorang
SAYA SUKA AWAK!
SAYA SYG SANGAT!
AWAK BAIK!
SAYA X SABAR NAK KAWIN DENGAN AWAK
AWAK HARGAI SAYA, LAYAN SAYA
WAT SAYA MAKIN MANJA,
SAYA SUKA!!
SAYA SUKA AWAK!
SAYA SYG SANGAT!
AWAK BAIK!
SAYA X SABAR NAK KAWIN DENGAN AWAK
AWAK HARGAI SAYA, LAYAN SAYA
WAT SAYA MAKIN MANJA,
SAYA SUKA!!
Friday, June 12, 2009
Cuti Semester Politeknik
Hari ini sangat membosankan, lebih-lebih lagi masa cuti semester. Hari-hari makan daripada pagi, tengah hari.. semakin gemuk pulak.. Datang pejabat surf internet sambil mengonlinekan yahoo messange dan kadang kala menaip thesis yang perlu disiapkan. Kadang-kadang berborak kosong...Wah cuti smester yang membosankan.
Thursday, June 11, 2009
Lapor diri di Politeknik Kuching Sarawak
Pada 2.2.2009 aku melapor diri di Politeknik Kuching Sarawak sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) DH41. Mula-mula sampai aku pergi ke Pejabat Pentadbiran berjumpa dengan staf di sana. Setelah mengisi borang, aku diberi tahu, aku di tempatkan di JMSK. aku agak terkejut kerana aku tidak pandai sangat dengan matemtik. Ini kerana aku berpendapat aku perlu di letakkan di JKA memandangkan kepakaran aku adalah Ukur Tanah. Nak tak nak aku menerima juga. Aku sampai pada pukul 4.00 petang. Sementara menunggu staf menjemput aku untuk diperkenalkan oleh staf di JMSK, aku meninjau suasanak di PoliKU. sangat cantik dikelilingi gunung ganang. Tidak beberapa kemudian datanglah staf di JMSK menjemput aku. Aku secara tidak sengaja memanggilnya EN. Di memperkenalkan diri. Aku mati-mati ingat di KJMSK, rupanya adalah staf JMSK dengan DH41. Lucu juga. Sampai sahaja di JMSK aku diperkenalkan diri dan bertemu dengan staf di JMSK. Di JMSK, aku mengajar subjek matematik kejuruteraan B2001. Hebat gak kan sbb aku takder basic matematik tapi ada basic matematik tambahan. Itu pun hanyalah SPM. Sekarang aku sudah mengajar di JMSK di politeknik kuching ini.
Bertukar Jabatan daripada Jabatan Matematik Sains dan Kompter (JMSK) ke Jabatan kejuruteraan Awam (JKA)
16/6/2009 merupakan tarikh keramat bagiku. Ini kerana pada tarikh tersebut, aku akan meninggalkan segala kenangan di JMSK di Politeknik Kuching ini. Walaupun hanya 6 bulan tetapi staf di JMSK baik-baik belaka. Pada tarikh tersebut aku akan bertukarkan ke JKA. Ini kerana kepakaran aku di perlukan di JKA.Heeh
Wednesday, June 10, 2009
Akhirnya dah ada blog
Tepat pukul 9 pagi 10 Jun 2009, dengan rasminya aku mempunyai Blog. Blog ini dibuat adalah untuk menceritakan pengalaman saat manit,pahit,masam,pedas serta perjalanan hidup aku. Dengan adanya blog ini, aku dapat menaip seberapa banyak cerita yang telah aku lalui disini daripada aku menyimpanya di dalam hati.
Aku selalu baca blog orang sekarang aku sudah mempunyai blog sendiri. Orang yang pertama menjadi pengikut setia setelah beberapa minit aku membuat blog tidak lain dan tidak bukan adalah orang yang aku panggil sebagai "comel,manja,sayang". Dia telah melamarkan dirinya untuk menjadi pengikut aku tanpa dijemput.Hehehe
Dalam blog ini juga, aku akan masukkan segala macam pengalaman yang aku lalui bukan bertujuan untuk membuatkan "comel" aku berapa jelous tapi hanya sekadar untuk menghilangkan rasa bosan..Heehe

Subscribe to:
Posts (Atom)